Sabtu, 23 Januari 2010

Hedonisma

Hedonisma secara mudahnya ialah pemikiran bahawa keseronokan ialah kemuncak pencarian diri manusia. Antara manifestasi yang mudah dilihat ialah bagaimana pemikiran hedonisma ini mengawal manusia melalui media-media di televisyen dan internet. Yang selalu menjadi mangsa ialah kanak-kanak dan remaja yang jiwa mereka sungguh sukakan keseronokan.

Banyak perkara dalam dunia ini kabur. Mengenal diri sendiri, merancang masa depan, dan membuat pilihan seperti kahwin dan sebagainya semua itu amat kabur tambahan pula umur kita yang masih setahun jagung.

Alangkah malangnya jika kekaburan itu tidak dicahayai namun digelapi lagi dengan kegelapan hedonisma. Memang berhibur itu tak salah namun bila berlebihan itu sudah jadi merosakkan. Memang kita dapat lari sekejap dari kekaburan dan masalah-masalah tersebut dengan hedonisma namun sampai bila? Sedangkan masa berjalan dan kita makin tua....

Itu secara umum. Bagaimana dengan pelajar perubatan di Mesir. Antara bahaya besar hedonisma ini ialah sikap tak peduli. Maka timbullah kata-kata syok sendiri kononnya tidak tahu itu kadang-kadang lebih baik dari tahu. Maka lebih baik jadi jahil! Sorokkan kebodohan itu !

Kalaulah pemikiran sebegini menguasai manusia, memang susah. Tahu itu tidak salah, yang salah ialah bagaimana kita mengendalikan pengetahuan itu. Sebab itu penting kita beradab
dalam mengendalikan pengetahuan. Lagipun mana mungkin kejahilan itu dapat dibasuh tanpa menunjukkan kejahilan !

Contoh mudah sifat tak peduli ini ialah menurut bacaan saya di blog Pok Jak. Menurut beliau, cadangan-cadangan membantah kenaikan yuran oleh senior-senior di sana seolah-olah tak dihiraukan kebanyakan pelajar tahun 1 di sana. Itu baru satu contoh...

Jika hedonisma dibiarkan membara..apa akan jadi? Sama-sama kita saksikan...kita tak mampu mengubahnya..kah2

Tidak ada komentar:

Posting Komentar